13 November 2016 - 13:24
Texas Dan California Mahu Keluar Dari A.S Tanpa Mengira Siapapun Presiden Negara Itu.

Sebahagian penduduk California mendesak supaya negeri itu keluar dari A.S setelah pilihan raya presiden tamat beberapa hari lalu. Perkara yang hampir sama juga sedang dituntut oleh kumpulan

Agensi Berta Ahlul Bait (ABNA24) - Sebahagian penduduk California mendesak supaya negeri itu keluar dari A.S setelah pilihan raya presiden tamat beberapa hari lalu. Perkara yang hampir sama juga sedang dituntut oleh kumpulan Pergerakan Kebangsaan Texas yang mahu mengumpulkan organisasi-organisasi pro-kemerdekaan Texas supaya meningkatkan kerjasama sesama mereka dalam upaya memudahkan wilayah itu keluar dari A.S secara damai.

Daniel Miller yang merupakan Presiden pergerakan tersebut baru-baru ini bercakap kepada Radio Sputnik. "Sebab-sebab Texas perlu keluar daripada kesatuan (A.S) adalah sama, tanpa mengira siapapun yang akan menjadi presiden kepada Amerika Syarikat. Semenjak penubuhan organisasi ini pada 12 tahun lepas, kami melihat bahawa penduduk Texas sudah letih hidup di bawah undang-undang persekutuan yang termaktub di dalam 180000 helai muka surat dan juga peraturan-peraturan yang diseliakan oleh 440 agensi berbeza dan 2.5 juta birokrat yang tidak dipilih," kata Miller.

Presiden pertubuhan itu juga bercakap tentang pihak yang menyokong Pergerakan Kebangsaan Texas (TNM) dan berkata bahawa TNM merupakan kumpulan penuntut kemerdekaan kedua terbesar di hemisfera Barat dan salah satu yang terbesar di dunia.

Miller juga berbicara tentang Brexit dan menerangkan bahawa situasi di Texas adalah hampir sama dengan perkara itu.

Bercakap tentang kumpulan lain yang juga menuntuk kemerdekaan mereka sendiri seperti di California, Miller berkata bahawa dia sudah menerima mesej peribadi daripada pemimpin kumpulan "Yes California Independence Campaign (Kempen Ya untuk kemerdekaan California). "